Ubah tradisi pemberian duit raya kepada BAR EMAS ( GOLD BAR )

PULAU PINANG 10 Mei – Public Gold Group (Public Group) mengajak umat Islam merubah tradisi pemberian duit raya sempena sambutan Aidilfitri akan datang kepada pemberian bar emas satu gram.

Sebagai galakan kepada inisiatif itu, syarikat berkenaan turut memperkenalkan bar emas satu gram dengan ketulenan emas 999 iaitu keluaran eksklusif dan terhad sempena sambutan Aidilfitri akan datang.

Menurut Pengasas dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Louis Ng, pengenalan bar emas itu bukan sahaja untuk menjadikan sambutan hari raya kali ini lain daripada kebiasaan, malah menjadikan budaya memberi duit raya sebagai lebih bermakna.

Paling utama, katanya, pemberian bar emas Aidilfitri itu juga menggalakkan budaya menyimpan untuk masa depan dengan bersandarkan nilai emas yang sentiasa kukuh dan terjamin.

“Masih mengambil semangat sambutan Aidilfitri, bar emas satu gram itu juga diperkenalkan dalam pakej berserta sijil ketulenan emas yang menarik sekali gus menjadikannya pemberian yang lebih istimewa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Louis, pengenalan bar emas sempena sambutan tertentu itu bukan perkara asing kepada syarikat berkenaan yang sentiasa menampilkan inovasi ke arah membudayakan amalan penyimpanan emas dalam kalangan orang ramai.

Malah, katanya, Public Gold juga sejak beberapa tahun lalu turut memperkenalkan produk bar emas sempena sambutan perayaan lain yang kemudiannya dijadikan tradisi selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan dalam dan luar negara.

Bagi bar emas satu gram edisi Aidilfitri itu, tambah beliau, mereka yang berminat boleh mendapatkannya di 18 cawangan Public Gold dan 81 cawangan Ar-Rahnu di seluruh negara sementara stok masih ada.

 

Maklumat lanjut mengenai produk itu juga boleh didapati dengan menghubungi / whatsapp di talian 013-2352219 atau melayari laman sesawang www.publicgold.com.my. –UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *