Kenapa Perlu Menjadi Dealer?

PERLUKAH MENJADI DEALER SEBENARNYA?

Ini antara soalan lazim yang sentiasa Mirul terima. Rata-rata bertanyakan perbezaan asas dealer dan bukan dealer. Bahkan, ada yang beranggapan, menjadi dealer akan ‘memaksa diri’ untuk mencari orang/organisasi – objekifnya untuk mendapat keuntungan segera berdasarkan target yang ditetapkan! Jujurnya, pandangan itu juga yang diguna pakai oleh Mirul, yang pada masa itu, terlibat dengan beberapa syarikat MLM niche kesihatan/ niche produk fizikal.

Namun, hakikatnya sangat berbeza bila Mirul mula terlibat dengan niche pelaburan logam mulia ini. . Pada masa itu, jawapan Mirul hanyalah dua, (1)nak simpan dan (2) juga nak berniaga. Terbayang juga pasal ‘side income’ sebab Mirul lihat ramai telah berjaya dalam industri emas .😍

 

RUPANYA, PANDANGAN ITU SALAH.!!
Hakikat yang sebenar adalah, dengan menjadi dealer menerusi platform Public Gold, Mirul berjaya mengecilkan spread yang sedia ada, kepada spread yang lebih kecil, sekaligus masa yang perlu Mirul tunggu untuk ‘balik modal’ akan menjadi lebih cepat, berbanding dengan pelanggan biasa. Inilah PENJIMATAN SEBENAR yang diterima berbanding pelanggan biasa.

 

Bagi mereka yang kali pertama mendengar istilah ini, spread (beza harga) adalah penentu utama yang membezakan keuntungan Dealer Public Gold dengan Pelanggan Biasa Public Gold. Sesiapa yang terlibat dalam pelaburan emas; sebagai contoh 0.5% spread, walaupun pada zahir, angka itu kecil, namun dari segi keuntungan (merujuk kepada duit), ia merupakan satu angka yang besar.

 

Dalam organisasi Dealer Public Gold sendiri, terdapat 3 jenis Dealer, iaitu:

 

1. Normal Dealer (1.0% + 0.3%)
2. Priority Dealer (1.5% + 0.3%)
3. Master Dealer (2.0% + 0.3%)

Berdasarkan pada pengiraan asas di atas, beza setiap peringkat hanyalah 0.5% sahaja (cth: 2.0% – 1.5%). Manakala, untuk setiap buyback (jual balik), setiap Dealer menerima jumlah peratusan yang sama, iaitu 0.3%. Saya bawakan satu kes belian yang dilakukan. Pada 02 September 2015, saya telah membeli 100g emas. Pada masa itu, 1gram GAP bernilai RM 164.

 


Memandangkan Mirul sebagai Priority Dealer, setiap kali Mirul lakukan belian peribadi, Mirul akan diberikan 1.5% insentif. Maka, jumlah yang bakal Mirul perolehi adalah RM 246. Jumlah RM 246 ini akan Mirul perolehi pada bulan berikutnya. Spread untuk 100g pula adalah 7% sahaja.
APA MAKSUDNYA?
Berdasarkan pengiraan di atas, kos untuk Mirul dapatkan ‘pulangan modal’ hanyalah RM 16,072 sahaja. Ia masih tidak termasuk untung atas kenaikan emas, dan insentif tambahan 0.3% jika dijual balik kepada Public Gold. Malah dari segi spread pula, belian 100g emas hanyalah 4.7% sahaja (7% – 2.3%).
Berbeza pula dengan pelanggan biasa, mereka perlu menunggu sehingga cecah RM 16,400 (untuk dapatkan pulangan modal), dan kos spread juga masih sama, iaitu 7%.
Jimat tak jadi Dealer?
Jadi, sekiranya anda ingin kecilkan spread berbanding pelanggan biasa, jangan buang masa, lakukan tindakan dengan menjadi dealer. Lupakan tentang segala ‘bonus dan insentif’ yang ditawarkan, kerana bonus dan insentif akan dan sering berubah-ubah!

 

Bermula dari pengajaran itu, Mirul kini lebih cenderung untuk menyimpan dari bulan ke bulan, meskipun jumlah yang saya peruntukkan setiap bulan, hanyalah 1 gram sahaja. Manakala, sekiranya ada yang berminat untuk membeli menerusi saya, itu hanyalah rezeki tambahan yang diberikan Allah semata-mata kepada saya.

 

Setiap kali duit yang saya perolehi dari perniagaan online dan offline yang saya jalankan, akan saya ‘ambil sedikit’ untuk pembelian emas. Jujur saya katakan, ia memerlukan disiplin dan istiqamah. Bukan mudah untuk mendidik diri dalam pengurusan kewangan sebenarnya.

 

Amirul

Gold Advisor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *